Pages

Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Bubur nasi udang jagung - resepi hentam saja lah!




Resepi ni dinamakan resepi hentam saja lah! Dibuat khas untuk anak-anakku di tengah hari Jumaat ni. Hmmm... tak tau lah nak citer ape lagi... Rasa bubur ni ok je la. Kalau tak ok, takkan lah budak2 ni boleh habiskan. Fatmom sengaja potong sayur sawi tu halus2 dan parutkan carrot, sebab tak nak bagi anak-anak asingkan. Budak2 kan tak suka sayur. So, bila dah potong halus2 dan sebati dengan nasik tu, diorang tak boleh lah nak asingkan. Nak tak nak, terpaksa lah makan jugak... bubur ni juga sesuai untuk si manja yang baru tumbuh gigi.

Bahan-bahan

Beras 1 cawan
Carrot - diparut halus
Sawi - diracik-racik
Udang saiz sederhana - basuh dan buang kulit dan kaki
Jagung creamy dalam tin
Air yang telah ditapis
garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan beras, masukkan semua bahan dan masak sampai hancur menjadi bubur. Kacau dengan kerap untuk mengelakkan bubur hangit dan masak dengan api yang sederhana. Dah siap!

Bubur jagung manis kegemaran seisi keluarga


Bahan-bahan

Jagung fresh atau yang dalam tin (fatmom campurkan yang creamy & crunchy)
500 gram Santan
Gula dan garam secukup rasa (fatmom guna manisan kelapa)
Daun pandan 2 helai
Sago kecik (basuh dan toskan. Atau rebus siap2 dan toskan)

Cara-cara membuat
  1. Tapiskan santan ke dalam periuk. Masukkan semua bahan.
  2. Masakkan dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.
Tips Fatmom: Boleh juga ditambah buah lain dalam bubur ni. Contohnya labu, pisang atau keladi.