selamat datang ke blog 4everfatmom. tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pelbagai maklumat menarik tentang perniagaan kek, roti dan pastry. harapan saya, semoga semua paparan di dalam blog ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada semua peminat kek, roti dan pastry. terima kasih!
Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts
Monday, November 7, 2011
Biskut Kacang Tanah
Sumber resepi: Majalah Keluarga Keluaran Ogos 2011.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula icing
2 cawan kacang tanah - digoreng dan dikisar
1 cawan minyak
Cara-cara membuat:
Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga menjadi bentuk doh. Kemudian bentukkan dan bakar sehingga berwarna keperangan/ sehingga masak.
Friday, July 1, 2011
Biskut Cip Coklat
Resepi ni memang sedap sangat. Lepas makan biskut cip coklat ni, terus pangkah biskut chipsmore! Fatmom adalah penggemar biskut cip coklat, terutama jenama chipsmore dan famous amous. Pangkah chipsmore jer, famous amous tetap nombor satu di hati... haa... jom buat biskut!!
Bahan-bahan
300 gram tepung gandum
3 cawan emping jagung jenama Kellogs diramas kasar (yang timbang nyer tak sedap!)
250 gram mentega (guna butterlite)
150 gram gula kastor (gula biasa pon boleh, blend dulu)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 cawan cip coklat
Cara buat
- Satukan tepung, emping jagung dan cip coklat dalam satu bekas, gaul rata.
- Pukul mentega, gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang. Tutup mixer.
- Masukkan campuran tepung, emping jagung dan cip coklat tadi dan uli hingga menjadi doh lembut.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga warnanya keperang-perangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)