selamat datang ke blog 4everfatmom. tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pelbagai maklumat menarik tentang perniagaan kek, roti dan pastry. harapan saya, semoga semua paparan di dalam blog ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada semua peminat kek, roti dan pastry. terima kasih!
Thursday, October 20, 2011
Krim Mentega Yang Mudah dan Sedap
Resepi asal: Buku Variasi Cupcakes oleh Chef Nor Aini Adnan
Bahan-bahan:
125 gram mentega (saya guna jenama Butterlite)
125 gram krimwell
80 gram gula kaster
1 sudu besar susu sejat (susu cair)
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara membuat:
1. Pukul krimwell dan mentega sehingga berwarna putih.
2. Masukkan gula dan pukul sehingga gula larut.
3. Masukkan esen vanilla, susu dan pukul rata.
4. Bahagikan adunan dan warnakan mengikut warna yang disukai.
5. Simpan dingin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment