Pages

Monday, October 17, 2011

Cara Buat Cupcake Butter yang mudah dan sedap


Bahan-bahan:
250 gram mentega (saya guna butterlite)
250 gram tepung berserbuk penaik (saya guna jenama Blue Key)
200 gram gula kastor/ gula pasir halus
5 biji telur (saya guna gred A)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:
1. Pukul gula dan mentega sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung dan pukul sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Sudukan adunan ke dalam papercup (1/2 cup sahaja) dan bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga keemasan. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum mula membakar. (Saya bakar pada suhu 150C selama 20 minit).
6. Sejukkan sebelum dihias dengan krim.

Resepi ini diambil daripada Buku Variasi Cupcakes Oleh Chef Nor Aini Adnan. Kepada anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia baking dan cupcakes, resepi ini adalah permulaan yang sangat bagus. Ia juga sesuai dan mudah disediakan oleh adik-adik di peringkat sekolah rendah dan menengah. Di sini, fatmom sediakan juga gambar-gambar semasa penyediaan adunan cupcakes ini. Diharap ianya dapat membantu anda. Selamat mencuba semua! I love U!!!

Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
Masukkan tepung dan esen vanilla. Pukul sehingga kembang dan sebati.
Sudukan adunan ke dalam papercup (separuh cup sahaja).
Panaskan oven dan bakar sehingga berwarna kuning keemasan. (Saya bakar pada suhu 150C selama 20 minit).
Sejukkan di atas rak kek sebelum dihias dengan krim.
Hiaskan dengan krim dan buah strawberry. Tuangkan sedikit syrup coklat sebagai hiasan.

2 comments:

Mr Shop said...

Kalau jual ni, mesti harga rm 2 keatas.

p/s jom belajar cara buat cupcake

Angel597 said...

Brapa biji cupcake nii..