selamat datang ke blog 4everfatmom. tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pelbagai maklumat menarik tentang perniagaan kek, roti dan pastry. harapan saya, semoga semua paparan di dalam blog ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada semua peminat kek, roti dan pastry. terima kasih!
Sunday, October 2, 2011
Cara Membuat Apam Polkadot (mini)
Sumber resepi ni adalah daripada Puan Sharifah di http://www.facebook.com/pages/Sharifahs-Touch/214908921855323?sk=photos
Apam ini sangat mudah disediakan dan rupanya pun sangat cute. Rugi lah kalau anda tk mencubanya!
BAHAN-BAHAN (50 biji papercup saiz medium)
3 biji telur dari peti ais (gred A)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu cair (saya tambah jadi 200 ml)
1 sudu teh ovallette
1 sudu teh baking powder
pewarna secukupnya
filling : blueberry, strawberry, kiwi dsb.
CARA-CARA BUAT
Masukkan kesemua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan high speed.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kesukaan.
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke dalam papercup. Separuh cup sahaja.
Kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.
CARA LAIN UTK BUAT ADUNANNYA:
1. Pukul telur, ovallete dan gula sehingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan tepung (yang telah diayak dengan baking powder) berselang-seli dengan susu cair. Pukul sehingga kembang dan sebati.
3. Bahagikan mengikut warna kesukaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
thanks..nice resepi tercari-cari resepi ni ahirnya jumpa juga kat bloger ni..salam kenal
Post a Comment