Pages

Monday, September 26, 2011

RED VELVET CAKE


Hai, salam sayang semua. Semoga ceria selalu. Dah lama fatmom tak update blog ni. Lagipun fatmom bukanlah pandai nak mengarang. Eh, tak retilah nak meluahkan perasaan dalam bentuk karangan... macam blogger lain yang hebat2 tu. Harapan fatmom semoga blog ini akan banyak memberi manfaat dan ilmu yang boleh dikongsi, terutama untuk anak-anak tersayang di masa akan datang.

Hari ni nak berkongsi resepi RED VELVET CAKE. Resepi ni fatmom dapat daripada kawan fesbuk yang sangat rajin dan pandai memasak. Puan Miza. Anda boleh melawat blognya di http://mytouch-miza.blogspot.com/ Puan Miza ni sangat peramah dan tak lokek ilmu... Saya dah try resepi ni dan ternyata memang sedap. Gambar di atas adalah buktinya... heheheh. Eh, kalau dijadikan hadiah hantaran atau harijadi untuk yang tersayang, best kan? Haa... daripada belanja besar untuk beli kek ni, apa kata try buat sendiri. Pertama kali membaca resepi ni memanglah nampak macam susah. Tetapi bila dah start buat, tak susah mana pun. Selamat mencuba!

(fatmom guna 2 loyang 7x7x3 inci. Supaya mudah nak letak filling, tak payah nak belah dua kek tu).

BAHAN A  (diayak)
2 1/2 cwn tepung gandum
2 sdb serbuk koko
1 sdt baking powder (fatmom guna double action)

BAHAN B (ganti buttermilk- nak guna nanti baru kacau sebati)
1 cwn susu cair bancuh dgn 1 sdb cuka makan (7-10 minit)

BAHAN LAIN
1 1/2 cwn gula kastor
120 g butter
2 biji telur (fatmom guna telut saiz AA utk buat apa2 kek)
1 sdt esen vanilla
2 sdb pewarna merah
1 sdt baking powder
1 sdt cuka

CARA-CARA BUAT

Putar gula + butter sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
Kemudian masukkan esen vanilla. Masukkan BAHAN A selang-selikan dengan BAHAN B. Pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan pewarna merah. Kacau sebati dengan senduk.
Satukan baking powder dgn cuka. Kacau bagi berbuih. Cepat-cepat masukkan ke dalam adunan. Gaul dgn senduk sahaja.
Tuang adunan ke dalam loyang yg telah dialas dan dilenser. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 170 degree selama 30 minit api atas dan bawah. (kadang-kala tahap panas setiap oven berbeza. Kena pantau juga masa membakar). 

RESEPI CREAM CHEESE
250 g cream cheese
2 sdb buttercup
1 sdb krimwell
2 cwn fresh cream

Cara buat:  Mix cream cheese, butter, krimwell sehingga lembut dan sebati. Masukkan fresh cream.

No comments: