Pages

Sunday, October 23, 2011

Vanilla Cake Yang Simple, Mudah Disediakan Dan Sedap




Cake ini sangat mudah dibuat dan sesuai sebagai hidangan minum petang, anda juga boleh cuba bakarkannya dalam papercup dan hiaskan dengan cantik.

Bahan-bahan:

100 gram marjerin lembut
100 gram gula kastor
2 biji telur (gred A)
100 gram tepung berserbuk penaik
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla


Cara-cara membuat:

1. Panaskan oven dan lenserkan tin kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam magkuk mixer dan putar sehingga putih dan gebu.
3. Tuang ke dalam tin kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Nota: Saya guna tin kek ukuran 7 inci. Jika nak kek yang lebih besar sedikit, doublekan sahaja bahan-bahannya.

No comments: