Pages

Thursday, June 30, 2011

Resepi kek butter yang menambat hati


 Salam sayang semuaa... dah beberapa hari fatmom tak berkesempatan untuk mengupdate blog ni. Sangat sibuk kerana menguruskan hal family. Anyway, hari ni fatmom nak curi masa jugak untuk post at least satu entry yang bermanfaat untuk semua. Dulu fatmom tak minat langsung ngan kek butter. Dalam hati "apa kellass kek butter... macam kek kat kedai runcit jer...". Kek butter adalah merupakan kek yang sangat tidak digemari oleh fatmom. Namun, pada suatu hari, selepas membeli buku Panduan Asas Menghias Kek Zati Dhati, tetiba je terbuka hati nak mencuba resepi kek butter dalam buku tu. Pllliiiiinnngggg!!! Terus jatuh cinta ngan kek butter. Kemudian, episod membuat research di internet pon bermulalah... rupa-rupanya resepi kek butter nih ada banyak versi. Setakat ni fatmom dah try 3 resepi, namun resepi Zati Dhati teeeetaaapppp di hati fatmom. Kalau korang tak beli buku dia, memang rugi sampai ke anak cucu! Tak percaya, gi la siasat siapa Zati Dhati. Fatmom tak nak citer pasal dia, sebab dia memang dah cukup femes. Hari ni xcited sangat nak kongsi ngan korang resepi kek butter pertama yang telah berjaya menambat hatiku...

Bahan-bahan

250 gram mentega (suhu bilik)
200 gram gula kastor
250 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur (suhu bilik)
4 sudu besar susu cair (gunakan sudu penyukat khas)
1 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara membuatnya

Sediakan bahan-bahan dan panaskan oven.
Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan benar-benar ringan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
Masukkan vanilla.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik. Masukkan berselang-seli dengan susu cair.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.

Tips fatmom: Belah kek kepada dua bahagian, letakkan filling kesukaan anda. Ayakkan gula icing di atas kek dan hias mengikut citarasa.

No comments: