Pages

Monday, June 27, 2011

Puding roti gandum





Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni pagi-pagi lagi fatmom dah bergegas ke dapur membuat puding roti gandum. Anak fatmom yang bongsu demam, tak lalu makan. Oleh kerana dia baby lagi, so fatmom rasa ok jugak kalau bagi makan puding ni untuk sarapan pagi dan minum petang nya nanti. Sesuai lah sebab dia baru ada dua batang gigi yang baru tumbuh. Resepi asal puding ini menggunakan roti sandwich putih gardenia. Fatmom sengaja tukarkan dengan roti gandum, sebab bagi nampak teksturnya yang ada bintik-bintik dan warna coklat lembut. Resepi ni dah lama ada dalam simpanan fatmom, tapi sayangnya, fatmom lupa nak catit sumbernya. Jadi, kepada tuan empunya resepi ini, fatmom ucapkan banyak2 terima kasih kerana sudi berkongsi resepi puding roti yang best ni. Jom kita tengok apakah bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan

8 keping roti
1 tin susu cair
1 biji telor
1 sudu teh esen vanilla
1 peket agar-agar tali (fatmom guna cap burung layang-layang)

Cara-cara membuatnya

Kisar roti, susu cair, telor dan esen vanilla sehingga halus.
Masak agar-agar hingga mendidih. Sukatan air ikut pada peket agar-agar.
Tapiskan agar-agar dan tuang ke dalam periuk yang lain. Masukkan adunan roti yang telah dikisar tadi.
Masak sebentar di atas api sederhana dan tuang ke dalam loyang atau acuan. Potong dan hiaskan mengikut citarasa anda.

No comments: