Pages

Saturday, June 25, 2011

Krim yang cantik, sedap dan tahan lama


Hari ni fatmom tak ada idea nak letak entry. Walaupun gitu, tetap juga nk post something yang best untuk dikongsi bersama. Cantik tak gambar krim ni? Ini ialah resepi krim yang fatmom guna untuk semua kek yang ditempah oleh pelanggan. Sumber asal resepi ini ialah dari Buku Panduan Asas Menghias Kek yang ditulis oleh Zati Dhati. Buku ini sangat bagus, rugi kalau tak memilikinya. Harganya cuma RM21 sahaja. Dengan pelaburan RM21 ini, fatmom telah berjaya menghasilkan banyak kek yang cantik. Kalau nak tengok hasilnya, singgah ler kedai kek fatmom di kek4u.blogspot.com.Di bawah ni adalah resepinya, selamat mencuba!

Bahan-bahan

50 gram mentega
450 gram krimwell
300 gram sirap gula
1 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh minyak mentega (butter oil. Fatmom tak bubuh pon)

Cara-cara membuat
  1. Putar krimwell dan mentega sehingga sebati. 
  2. Masukkan sirap gula sedikit demi sedikit. Putar sehingga gebu.
  3. Masukkan susu pekat dan teruskan putar sehingga sebati. 
  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla. 
  5. Bahagikan mengikut warna yang disukai.

No comments: