Pages

Wednesday, June 22, 2011

Kek pisang kukus yang gebu


Hai salam sejahtera semua... hari ni cuaca agak mendung di Putrajaya. Mula-mula tu fatmom bercadang nak keluar ke kedai bahan kek dan bakeri di Bangi, nampaknya kena cancel lah. Kalau tetiba je hujan, susah pulak. Aktiviti hari ni fatmom nak postkan beberapa resepi yang ada dalam koleksi peribadi. Resepi-resepi ni sudah tentulah antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Mula-mula sekali resepi kek pisang kukus yang simple dan mudah sangat. Resepi asal ini diambil dari laman web masak2 chowtimes.com dan telah dialih bahasa. Website ni memang best. Kek pisang kukus yang buat sendiri dengan yang dibeli di kedai sudah tentulah berbeza dari segi rasa dan teksturnya. Makan panas-panas, lembut jer... macam apam. Terangkat! Ok, jom kita lihat apakah bahan-bahan dan kaedah membuatnya.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur gred A
1 cawan pisang yang dilecek
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh esen pisang (fatmom letak 1/2 sudu teh sahaja)
3/4 cawan gula yang telah dikisar

Cara-cara
  • Sediakan pengukus dengan api sederhana.
  • Ayak tepung, soda dan baking powder.
  • Putar telur dengan mixer sehingga kembang.
  • Masukkan pisang lecek, gula, minyak dan putar lagi sehingga sebati. 
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. 
  • Tambahkan esen pisang. 
  • Kukus atas api sederhana selama 40 minit atau sehingga masak.

No comments: