Pages

Wednesday, June 22, 2011

Donut gebu kegemaranku

Hai bloggers... kali ni fatmom nak kongsi resepi donut yang sangat simple. Resepi asal diambil dari allrecipes.com dan telah dialih bahasa oleh skyblue di myresepi.com. Tenkiu skyblue... Anak-anak fatmom suka sangat donut ni, makan panas-panas dengan air nescafe, memang la feveret aku... meh kita lihat apakah bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar pada suhu bilik (susu cair)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur (fatmom guna gred A)
1/3 cawan butter
5 cawan tepung gandum (diayak)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat
  • Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk besar @ mixing bowl, biarkan selama 5 minit atau sehingga berbuih.
  • Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan. 
  • Tutup mangkuk dengan kain lembap atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik atau sehingga naik 2 kali ganda. Boleh juga gunakan breadmaker. 
  • Taburkan sedikit tepung di atas papan canai dan canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong donut dengan donut cutter. 
  • Tutup donut dengan kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga naik 2 kali ganda. 
  • Panaskan minyak, goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga berwarna perang keemasan. Jangan gunakan api yang besar kerana ia akan menyebabkan doh tidak masak di bahagian dalam. 
  • Toskan minyak dan salut donut dengan gula icing/ gula halus semasa donut tu masih panas. Dah siap!
Tips fatmom

Anda boleh hiaskan dengan coklat masakan yang dicairkan dan taburkan chocolate rice atau sugar rice yang berwarna-warni. Kanak-kanak sangat sukakannya.Selain bentuk berlubang, apa kata cuba buat donut berbentuk 4 segi atau berpintal-pintal. Selamat mencuba!

No comments: