Pages

Tuesday, June 21, 2011

First N3: Blueberry Cheese Tart - my style

Hai, apa khabar? Ini adalah entry pertama fatmom dalam blog ni. Dah lama bercita-cita untuk mempunyai sebuah blog masakan + personal, sejak first time publish blog kedai kek online pada bulan Mac 2011. Fatmom sangat sibuk dan tak ada idea nak mengarang. So, sekarang cita-cita tu dah tercapai. Kenapa dinamakan 4everfatmom? Haaa... sebab fatmom memang la fat, sebab suka makan... ada jugak mencuba aksi-aksi berdiet, tapi tak berjaya... lagipun, bila difikirkan balik, buat apa la menyusahkan diri nak berdiet beria-ia sangat... asalkan sihat dan tak "besar sangat" kira okey la tu. Dulu fatmom tak minat memasak dan suka la jugak melakukan aksi-aksi berdiet, namun sejak melahirkan anak ketiga pada Julai 2010, tetiba je minat dengan dunia masakan. Terutama kek dan pastri. Bila tengok wajah-wajah gembira anak-anak menikmati masakan yang dimasak sendiri, rasa terharu la pulak... sebab kadang-kadang makanan yang dimasak tu bukanlah sedap sangat. Tambahan pulak suami fatmom adalah jenis yang tak cerewet sangat. Dia belasah je apa yang dihidangkan, janji kenyang. Tapi dia 4EVERKURUS. Hmmm... tak tahu lah ke mana perginya makanan-makanan yang dia makan. Cukup sampai di sini, hari ni fatmom nak kongsi resepi Blueberry Cheese Tart. Resepi asal ni diambil dari blog citarasawan.Tenkiu kak wan kerana share resepi hebat ni.

Bahan-bahan pastry tart :

60 gram gula icing
250 gram tepung gandum
125 gram mentega sejuk dipotong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanilla/ badam

Cara-cara :
  • Satukan gula icing dan tepung, Ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti. 
  • Masukkan kuning telur, esen vanilla, gaul sebati dan diikuti air sejuk. Uli sehingga menjadi doh lembut. 
  • Rehatkan selama 15 - 20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekankan ke dalam acuan tart (fatmom guna tray mini cupcake). Trim lebihan atas. 
  • Cucuk dengan garpu & bakar selama 15 minit pada suhu 160 celcius. Keluarkan dari acuan dan sejukkan. 
Bahan-bahan Cheese filling

250 gram cream cheese
50 ml UHT whipping cream
60 gram gula icing
60 gram mentega
1 biji telur
1 sudu besar jus lemon jika suka.

Cara-cara membuatnya:
  • Pukul cream cheese bersama gula icing dan mentega sehingga sebati. Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap sehingga adunan sebati dan tidak berketul. 
  • Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit hujungnya. 
  • Pipekan filling blueberry ke dalam kulit tart di bahagian tengah dan picitkan adunan cheese tadi menutupi filling blueberry. 
  • Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau sedikit cream cheese yang dicampurkan pewarna dan lorekkan. 
  • Bakar sekejap selama 5 - 8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 - 3 jam sebelum dihidangkan. 
Tips fatmom : 
  • Boleh juga dihiaskan dengan ceri atau coklat cair. Rasanya agak berbeza sedikit dengan resepi asal. Anda boleh pelbagaikan lagi rasanya dengan mencuba idea-idea yang kreatif. Selain blueberry, boleh juga digantikan dengan filling kiwi, oren, strawberry, coklat atau mango. Selamat mencuba!

No comments: