Pages

Wednesday, June 22, 2011

Kek Chocolate Moist Kukus


Amacam? Rasa terliur tak bila tengok gambar kek coklat di atas? Hahaha... inilah fatmom punyer killer product kat kedai kek4u. Ini lah resepi kek yang pertama kali fatmom buat dan kerana kek inilah, fatmom jatuh cinta dengan dunia kek dan pastri. Resepi ni fatmom belajar dari Kak Lia, biras yang menetap di Kelantan. Tiap-tiap kali Raya Puasa, Kak Lia mesti buat kek coklat ni. Anak-anak fatmom adalah antara peminat nombor satu kek coklat. Melihat telatah anak-anak yang begitu gembira menikmati kek ini, fatmom rasa terharu. Terus terdetik di hati kecil, kenapalah aku tak belajar buat kek ni dengan Kak Lia? Kan bagus kalau pandai buat kek ni, bolehlah Alin dan Ana makan tiap-tiap minggu. Maka fatmom pun belajarlah buat kek ni... first time buat, terus jadik dan hafal resepi! Selepas tu, tiap-tiap minggu buat kek yang sama, bagi kat jiran, mak, kawan-kawan opis, kawan-kawan opis suami... last-last sampai bukak kedai online. Sejak itulah fatmom terus mencuba dan belajar pelbagai lagi resepi kek. Ok... sampai di sini je kita sembang pasal sejarah kek nih... tak boleh panjang lebar, nanti you all boring plak. So, di bawah ni adalah resepinya, selamat mencuba!

Bahan-bahan A (diayak)

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder
2 cawan gula halus (fatmom bubuh 1 1/2 cawan sahaja)

Bahan-bahan B (diputar hingga sebati dengan mixer)

1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur (gred A)
1 cawan susu cair
3/4 cawan minyak masak

1 cawan air panas

Cara-cara membuat
  • Sediakan pengukus dengan api sederhana.
  • Putar Bahan B dengan mixer sehingga sebati.
  • Masukkan adunan Bahan A ke dalam Bahan B berselang-seli dengan air panas, teruskan putar. 
  • Lapik loyang/ acuan dengan kertas, dan tuangkan adunan kek. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.  
  • Sejukkan kek di atas rak sebelum disalut coklat.
Bahan-bahan coklat ganache (sumber : Buku Panduan Asas Menghias Kek Zati Dhati)

150 gram krim putar
300 gram coklat masakan - dicincang kecil-kecil
1/4 cawan sirap glukos
1 sudu kecil mentega

Cara-cara
  • Panaskan krim putar sehingga hampir mendidih.
  • Curahkan ke atas coklat yang telah dicincang, gaulkan sehingga sebati. 
  • Tambahkan sirap glukos dan kacau.
  • Akhir sekali tambahkan mentega. 
  • Curahkan perlahan-lahan ke atas kek coklat yang telah sejuk. Biarkan seketika dan sejukkan di dalam peti sejuk. 
  • Sedia untuk dihias.
Tips fatmom : Adunan kek ini boleh juga dibuat dengan kaedah bakar. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

No comments: