Pages

Wednesday, June 22, 2011

Kek carrot dengan cream cheese frosting


Ketika berkunjung ke Cameron Highland pada awal tahun ini, fatmom dan keluarga sempat singgah ke sebuah cafe di tepi ladang teh. Kami singgah di situ dalam perjalanan pulang menuruni bukit Cameron Highland. Anak-anak dan suami pakat turun la ke ladang yang luas tu untuk sesi bergambar kenang-kenangan. Hanya fatmom dan baby je yang tak pergi. Kami duduk di cafe tu sambil melihat telatah pengunjung yang datang ke situ. Sambil duduk minum nescafe panas, fatmom pon terpandanglah menu "carrot cake with cream cheese frosting - RM4 per slice". So, fatmom pun belilah... harganya mahal. Sebab saiz satu slice tu kecik jer... besar penumbuk Muhammad Affifuddin (6 bulan). Demmm...! Rasa kek tu, memanglah tak sedap langsung! Hanya cream cheese nya saja yang ok. Oleh kerana tak berpuas hati dengan kejadian tuh, fatmom pon memulakan pencarian resepi kek carrot ni di internet. Maka, inilah hasilnya... dapat kat website baking.about.com. Fatmom alih bahasakan untuk korang... resepi ni memang sedap dan mudah disediakan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

4 biji telur gred A 
1 cawan minyak masak 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (fatmom bubuh 1 sudu teh je, x suka baunya)
2 sudu kecil baking soda
4 cawan carrot yang telah diparut
2/3 cawan kacang yang telah dicincang (boleh guna pape kacang pun...ikut suka)
1 cawan kismis kuning (fatmom guna kismis hitam, tu jer yang ada dalam kabinet dapur)

Cara-cara
  • Panaskan oven 180 darjah celcius. Lenserkan tin acuan dan taburkan sedikit tepung. 
  • Dengan menggunakan mixer, pukul telur sehingga foamy/ berbuih, tambahkan minyak masak sedikit demi sedikit dan teruskan putar sehingga sebati. 
  • Satukan tepung gandum, gula, serbuk kulit kayu manis dan soda, ayakkan adunan tersebut. 
  • Tambahkan adunan tepung ke dalam adunan telur tadi dan putar sehingga sebati. 
  • Off mixer, gaulkan adunan kek dengan bahan-bahan kering- carrot, kacang, kismis. 
  • Tuangkan ke dalam tin acuan dan bakar selama 30-35 minit. 
  • Setelah masak, sejukkan kek di atas rak. Sediakan cream cheese.
Bahan-bahan cream cheese (sumber : Buku Panduan Menghias Kek Zati Dhati)
250 gram cream cheese - suhu bilik
125 gram butter
120 gram gula icing
1/2 sudu teh jus lemon 
Cara-cara membuatnya
  • Pukul cream cheese dengan mixer sehingga lembut dan tidak berbijik-bijik. 
  • Tambahkan butter dan teruskan putar. Masukkan gula icing dan diikuti dengan jus lemon.
  • Jangan putar lama-lama. Putar sekejap sahaja, agak2 nampak sebati.

 

No comments: