selamat datang ke blog 4everfatmom. tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pelbagai maklumat menarik tentang perniagaan kek, roti dan pastry. harapan saya, semoga semua paparan di dalam blog ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada semua peminat kek, roti dan pastry. terima kasih!
Thursday, June 23, 2011
Buku rujukan yang best
Ini adalah antara buku panduan memasak yang terbaik. Sapa2 yang minat nak belajar buat kek, roti n pastri, belilah buku ni. Memang best. Buku ini juga menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar kulinari UITM. Fatmom baru je beli buku ni, belum lagi mencuba resepi-resepi yang terdapat di dalamnya. Insyaallah kalau ada waktu lapang, fatmom akan try jugak satu persatu resepi yang ada dalam buku. Ye la, takkan beli untuk ditengok jer kan... mestilah kena cuba. Hmmm ada jugak orang yang beli buku atau majalah memasak, tapi tak try pon resepi yang ada dalam tuh. Belek punya belek... last2 gi beli kat kedai atau oder ngan orang. Pssstt... nak tahu siapa orang tu? Hahaha... fatmom lah! Tapi... itu dulu... masa tak minat memasak, minat makan jer. Sekarang, nak kuatkan semangat untuk belajar dan mencuba resepi-resepi ni. Anak-anak dan suami adalah inspirasi fatmom untuk terus belajar memasak walau pun ada suara-suara sumbang yang memerli... " dah beranak tiga, baru nak belajaq masak, dulu malas masuk dapoq, asyik2 beli... Umoq dah banyak baru terhegeh2 nak belajaq masak... apaaa laa.." Huh! Makan dalam betul... sob...sob...sob... memang betul apa yang dia perli tu, fatmom pun akui... Pssttt... nak tahu siapa yang perli fatmom macam tu? (gossip lagi...) Haaa.... tu lah oldmom! Mom kepada fatmom! Padan muka aku... hihhiihi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terimakasih.. Kongsi
Post a Comment