Pages

Friday, July 22, 2011

Cara buat oreo cheesecake (chilled)

Oreo Cheesecake (No bake)

Salam sayang semua. Oleh sebab fatmom malas nak mengarang... so, korang follow je la step by step macam dalam gambar ni yee. Sumber asal resepi adalah dari blog http://makanmasakmain.blogspot.com/ . Selamat mencuba!

Inilah bahan-bahan yang fatmom gunakan untuk buat kek ni. Sepatutnya guna unsalted butter, tapi tak ada stok, so... belasah jer la. Asalkan butter, menjadik jugak...

Bahan- bahan: 

base:
110g digestive/ oreo biscuits dihancurkan
40g unsalted butter dicairkan dgn microwave je



filling:
300ml whipping cream
1 tablespoon serbuk gelatin
3 tablespoon air panas 
10ml lemon juice
250g cream cheese, lembutkan pada suhu bilik
50g icing sugar
45ml fresh milk (susu cair IDEAL)
1 table spoon vanilla essence
biskut oreo yang dihancurkan halus
biskut oreo yang dipatah-patahkan


Gelatin halal yang diluluskan oleh JAKIM.
Whip cream feveret fatmom.
Lapik acuan cheese cake (acuan spring) dengan aluminium foil, supaya mudah untuk dialihkan ke atas papan kek.
Gaulkan biskut oreo (untuk base) dengan butter (cair) sehingga sebati. 
Tekankan biskut tadi di dasar acuan dengan menggunakan sudu. Tekan sehingga padat. Kemudian simpan dalam peti sejuk supaya ia mengeras (lebih kurang 30 minit)
Putar whip cream sehingga kental. Jangan putar terlalu lama. Cukup selama 2 minit sahaja dengan high speed.
Beginilah rupa whip cream yang telah siap diputar. Simpan dalam peti sejuk.
Satukan cream cheese, susu cair, gula icing dan esen vanilla dalam mangkuk mixer. Sebelum diputar, larutkan serbuk gelatin seperti di bawah.
Satukan serbuk gelatin, jus lemon dan air panas. Kacau sehingga larut.
Putar adunan cream cheese tadi sehingga berkrim dan sebati.
Campurkan gelatin yang telah dilarutkan ke dalam adunan cream cheese. Gaulkan sehingga sebati. Boleh juga guna mixer, tapi guna low speed jer.
Inilah rupa adunan cream cheese yang telah digaul sebati dengan gelatin.
Campurkan whip cream ke dalam adunan cheese. Gaulkan sehingga sebati dengan menggunakan sudu.
Beginilah rupa adunan cheese yang telah sebati dengan whip cream.
Campurkan biskut oreo yang telah ditumbuk halus (seperti gula pasir yang kasar). Kuantiti: ikut suka :)
Gaulkan sehingga sebati.
Tambahkan biskut oreo yang dipatah-patahkan. Kuantiti: ikut suka.... ;)
Letakkan adunan cheese oreo tadi di atas base.
Ratakan dengan sudu/ spatula. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam. Kemudian, keluarkan dari acuan dan hiaskan mengikut citarasa anda!

2 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Salam ..kat mana boleh sayadapat kan geletin tu...puas cari tapi tak jupe laaaa...tolonginformklu tahuyer...jasa kamuharap di harapkan

Unknown said...

Salam. mana nak dapat non dairy whip topping tu ya? and oreo yang dah siap siap hancur tu. terima kasih.