Pages

Thursday, August 2, 2012

Resepi Puding Kastard Berkuah Dengan Buah-buahan



Bahan2 Puding dan Cara Buat (6-7 orang makan) - sumber resepi: MyResepi.com
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 sudu kecil garam 
2 sudu makan susu pekat manis

Campurkan semua bahan dan kacau dengan senduk sehingga sebati. Masak atas api sederhana sehingga berkilat. Sentiasa kacau untuk mengelakkan adunan menjadi berkerak. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais. 

Bahan2 Kuah dan Cara Buat
1 tin susu cair 
1 tin air
1 biji kuning telur
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla 
2 senduk gula (boleh adjust ikut suka. saya buat kurang manis)

Campurkan semua bahan dan masak atas api sehingga mendidih. Setelah kuah sejuk, tuang atas puding, taburkan buah-buahan dalam tin. Nak letak buah-buahan segar pun boleh. Terserah kepada anda. JANJI SEDAP! Selamat mencuba!

3 comments:

Hardiono Handoko said...

Hmm sepertinya lezat sekali itu puding, ada yang buka toko puding kayak gini gak ya di surabaya?

Mini Sugar Plant

Nahla Fashion said...

keren blog nya :)
http://busanamuslim.co/

Nurul Alwani Mohd Kasim said...

nak try buat..macam sedap :)

sihatcarawanick.blogspot.com