Pages

Sunday, July 17, 2011

Cara mudah buat kek Barbie Doll

Salam sayang semua!! Ini ialah Doll Cake yang ditempah oleh pelanggan fatmom hari ini. Fatmom yakin tentu ramai yang tak tahu cara-cara membuat kek barbie. Caranya sangat mudah tetapi memenatkan... hahaha... saje jer nak membantutkan semangat korang untuk buat sendiri. Ye la, kalau dah pandai buat sendiri, tak payah la oder kan? Penpaham je la, harganya memang mahal ye...standard secret recipe gitu... Memanglah cara nak buat kek ni mudah saja, tetapi kalau nak mendekorasinya secara detail, hanya orang-orang tertentu sahaja yang sanggup! Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan minat yang amat mendalam.


Untuk membuat kek barbie doll ini, fatmom menggunakan 2 adunan kek. Satu untuk base dan satu lagi untuk gaun anak patung. Untuk membuat gaun, fatmom guna acuan berbentuk mangkuk sebanyak 3 bijik. 2 mangkuk sederhana besar dan satu lagi yang kecil. Kek berbentuk mangkuk ini disusun dan dicucuk dengan lidi satay sebagai structure kek, supaya tidak tumbang. Untuk mengukuhkan kedudukan kek-kek berbentuk mangkuk ini, fatmom salutkan dengan coklat ganache dan sapukan dengan kemas. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam. kemudian, barulah dihias dengan buttercream atau fondant. Di bawah ini ditunjukkan gambar2 proses membuat salah satu kek barbie yang fatmom buat untuk anak-anak makan.Yang ni tak salut coklat, tetapi disalut dengan buttercream. 




Selain daripada cara di atas, terdapat juga kaedah lain yang boleh dicuba. Terpulang kepada kreativiti anda!


Cara mudah buat kek Barbie Doll oleh Betty Crocker dari Houdini.




No comments: