Pages

Tuesday, November 22, 2011

Kek Karemel




Anda boleh view gambar2 cara penyediaan kek ini di blog di atas. Terima kasih kepada tuan empunya blog, resepi ni memang mudah untuk disediakan dan terbukti sedap!.
( Saya telah kurangkan sedikit kandungan gula. Agak terlalu manis. Selamat mencuba!) 

Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir


Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Bakar dengan kaedah waterbath selama 1 jam atau sehingga masak menggunakan api bawah sahaja. 

Gambar-gambar kaedah penyediaan.

Cara buat gula hangus. Guna api slow sahaja.

Ratakan gula hangus dengan cara menyengetkan loyang. Buat masa tengah panas dan cair di atas api yg kecil. Tetapi berhati-hati jangan sampai jadi hangit pula.

Asingkan telur kuning dan putih. Pastikan putih telur bersih, jangan ada sedikit pun kuning telur yang masuk ke dalamnya.

Adunan karemel. Kacau sehingga sebati.

Tapiskan adunan karemel ke dalam loyang yang berisi gula hangus, dan ketepikan dahulu.

Pukul adunan telur kuning, minyak dan air sehingga gebu dan berwarna putih. Kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan teruslkan pukul sehingga kembang dua kali ganda.

Masukkan tepung yg telah diayak dgn baking powder ke dalam adunan telur kuning yang telah kembang tadi sedikit2. Gaul perlahan2 secara kaup balik.

Cara buat meringue: pukul putih telur dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berwarna putih. Masukkan serbuk krim of tar tar dan gula. Teruskan pukul sehingga kental dengan high speed.

Ini lah rupa meringue yang dah siap.

Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan kek. Kaup balik kan sehingga sebati.

Masukkan baki 2/3 meringue ke dalam adunan kek tadi. Gaul secara kaup balik dengan perlahan2 supaya kek tak batat nanti.

Cara letak adunan kek ke atas adunan karemel. Letak 3 sudu secara berselang-seli, kemudian 2 sudu berselang-seli dan akhir sekali 1 sudu. (yang ini, saya hentam saja. x kisah lah, janji berbelang2...hihihi)

Bakar cara steam bath. Guna api bawah sahaja. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Rupa kek di bahagian atas.

Taraaa!!

Sejukkan dalam peti sejuk, sedia dihidangkan...

No comments: